Tuesday 4 October 2011

television?

 fuuuhh lame sungguh tak update blog. da bersarang tebal habuk. hehhhehe nak kate bz menganggur je duduk umah. bosan sungguh la. ape aku buat sepanjang cuti neh? berjalan, tgok movie sampai lebam, makan, tido. haaaa tu je la. 

..................................................................................

sekarang kan tengah musim si aaron aziz berlakon. da bantai semua citer kat tv die yg berlakon. start dari nora elena, stanza cinta dan yang terbaru jiwa & lara. muahahaha semua cerita die aku layan. minat punye pasal kat aaron habis semua citer die aku bantai download........... ni pun tengah mendownload. suke lah die belakon. natural. ish ish ish. da la hensem mmg package!





cerita ni adaptasi dari novel. aku bace novel compare kan dgan cerita aku rase cerita lagi syioookkk kot. sebab novel cm simple sangat si nora elena tu putus tunang. kalau cerita best siket. menyayat hati la jugak die putus tunang kan. tapi sungguh lah aku memang terharu tengok cite neh. sebab seth tan ni terlalu baik! penyabar, penyanyang. ade ke wujud ke lelaki sebegitu? 1 dalam sejuta kot. tamat sudah nora elena tapi aku duk ulang2 tengok je. hahhahaha !!

...................................................................................




ni pun cite aaron aziz belakon. tapi cite sgat best sebab mengajar ttg erti kehidupan. banyak sgat kata2 puitis yg boleh dijadikan motivasi dalam kehidupan. antara kata2 yg aku ingat ----> sehebat mana kita merancang hidup tapi hidup tak pernah merancang sesuatu untuk kita ----> jangan pernah rasa takut untuk mati tapi selalulah merindui mati ---> setiap harta yang dimiliki orang kaya ada bahagian untuk orang miskin ----> indah kan? sebenarnya banyak sangat kata2 indah dalam cerita neh. tp sedih habis ending, irfan mati! memang lah nak meleleh kan tengok cite ni. kalau aku jadi amni mahu golek2 nangis. *over la pulak kan* hahhahaha

...............................................................................................




haaaa cerita ni pun best. aaron aziz gak berlakon. senang cerita semua cerita kat tv lah aku tengok mesti kene ade aaron. ahahhha heroin die neelofa. series suke neelofa berlakon. best la jugak. not bad. tp cerita ni aaron aziz sangat jahat. style gile die jadi jahat. paling suka part die tikam diri sendiri. hahahhaha tgok tgok jugak tapi kene lah amek pengajarn. jangan mudah percaya dengan org yg kita baru kenal. lame kenal pun belum tentu lg seperti yg kite kenal apatah lg yang baru. so! jom layan cerita neh!!

...........................................................................................



... cinta elysa ...

yang ini pun best! cerita ganti ana lulu. suke tengok johan arif ni berlakon. slumber habiss! ayat semua kelakar. tak bole blaaahh. ---> memang aku babysitter kau. meh aku tukarkan lampin pakai buang kau yang basah tuh ---> hahahhahah! ade dgar johan ni agak susah nak berlakon scene romantik. banyak kali try. orang da biasa gangster bantai nak romantik ngange2 nak berlakon. hahhahaha

.........................................................................................................



haaa ini lagi satu cerita yg bagus. emo habis kalau tengok cerita neh. cerita mengisahkan pasal hak2 wanita. kebanyakkan kaum wanita kadang tak tau hak mereka yg sebenar sehingga ditindas kaum adam. paling benci ustaz shauki (lakonan eman manan) uuuurrrhhhh benci habis. tak berlaku adil! ---> tanda2 manusia akhir zaman : menjual agama untuk mendapatkan keuntungan ---> anda2 memang patut tengok cerita ni. kaum2 wanita yang ditindas ayuh bangkit pertahankan hak. hukumAllah sentiasa bersama orang yang benar! aiiiceeehhh semangat! hahahahaha

.................................................................

hmmm rase cam da panjang sangat je mengarut kan. ni lah update malas. sekali update hambek mahu juling mata org nak bace. ish ade orang bace ke? aku rase aku sorg je. aku tak penah war war kan aku ade blog. saje nak isi masa lapang. takde orang nak berbicara sama kita menulis. seronokk!

No comments:

Post a Comment