Tuesday 11 October 2011

quotes !

hmmmmm... dalam2 melayari facebook ade terjumpe quotes yang best2. saje nak kongsi2.


People are often unreasonable, illogical, and self-centered; … Forgive them anyway.

 If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives; … Be kind anyway.
 

 If you are successful, you will win some false friends and some true enemies; … Succeed anyway.

 If you are honest and frank, people may cheat you; … Be honest and frank anyway.

 What you spend years building, someone could destroy overnight; … Build anyway.

 If you find serenity and happiness, they may be jealous; … Be happy anyway.


 The good you do today, people will often forget tomorrow; … Do good anyway.


 Give the world the best you have, and it may never be enough; … Give the world the best you’ve got anyway.


 You see, in the final analysis, it is between you and God; It was never between you and them anyway.”


——— Mother Theresa.



haaaa .. yang ni kata2 motivation dalam hidupku..

" trust your heart, don't be afraid to reach out to something new, go ahead, get your hopes up. even if things turn out differently than you imagine, you will have tried, you will have learned, you will have grown and you will never have to live with regrets.... "



 ade banyak lg quotes yang aku jumpe. try cari page "book of quotes" di facebook. macam2 quotes ade baik yg membina, kelakar, menyedapkan hati pun ade..





sekian untuk hari ini.. *bosan*



Monday 10 October 2011

suprise !

wow terkejut hari ni. dapat hadiah dari ILI NADIRAH. hadiah birthday . comellll. terima kasih iliiii !!!!!!!!!!! aku tau birthday aku adalah sejarah hitam , kenangan pahit dalam hidup kau. terima kasih ili sebab kau sanggup ingat jugak. andai kata kau terlupa pun aku tak kan kecik hati ili!!!! love ittt. heeeee :D



tapi aku paling tak suke ucapan "sabah menanti". oh god.  ili ! kalau aku dapat sane kau pun wajib turut serta okeh!! arrrrhhh. hahhahahaha

sahabat !

sahabat? kawan? bestfriend? sama ke semua tuh? pada aku semua tak sama. kawan... semua org adalah kawan. bestfriend, sahabat pada aku sama yg beza sahabat dalam BM bestfriend dalam BI. muahahahha depends la. different people have different opinion, rite? kawan mmg tersangat ramai. tapi sahabat ni satu dalam sejuta. hanya insan2 terpilih je. aku rase semua org pun mesti akan ada sahabat dalam hidup masing2 kan? moh aku nak perkenalkan sahabat susah senang. 




 yang ini sahabat2 time sekolah dulu. walaupun 2 tahun je kami bersama tapi da macam adik beradik. nak kate selalu contact tidaklah tapi diorg sentiasa dalam ingatan aku. rase macam baru je berpisah tapi da 5 tahun berlalu. 

budiman 6 sains muar 2004/2005.
-- akay (me!)
-- cheeriz (ain zubaidah)
-- roslina sapiah (rocib)
-- naziatul akma (penn-g)
-- farhana (bue-c)
-- zati iwani (eye-tent)
-- intan munirah (e-chem)
-- nur zahiah (cbest)
-- zubaidah (bet)
-- natasha tasnim (fenn-jay)

2014! together we are one. tahun keramat perjanjian kami untuk reunion. jika diizinkanNya insyaAllah akan bertemu kami! amiiiinnnnnnn....  sayang korg sangat sangat sangat !!



 yang ini rumet2 tersayang tima kat kolej matrikulasi johor (KMJ). best moment ever! the best rumet everrrrr!!!! terasa macam duduk rumah je bila bersama mereka. semua benda kami kongsi bersama. barangmu barangku jua. hahahhahaha!

zuliamira, afida idayu, noratikah.




haaaaa.. yang ini kawan praktikum kat KMJ.  kawan prac paling rock!! belaja bersama makan pun bersama. ramai2 tapi happening sangat dgan diorang. pegi kelas walaupun stress belaja tapi kami enjoy sebab semua org pun sporting!!!

ros nazira, norsyamimi,  hafiza, ezlina.
ph27 is the best!!!




haaaa yang ini sahabat saya time kat uitm. sahabat yang banyak tau rahsia luar dalam lah. terima kasih ILI NADIRAH sebab sudi jadi tempat daku meluahkan segala masalah!


tak lupa juga buat kawan2 yang lain terutama FATHIN DIYANA yg da kenal time matrik banyak tolong aku susah senang belajar kat uitm. *teringat time first2 daftar uitm kami berdua syok bersembang sampai terlepas nak daftar* hehhehe tak lupe juga NORSHAZIRA selalu kasi tumpang letak barang time kat shah alam dulu, tumpangkan aku pegi kelas, rakan merayap yang best! RAIHANAH ILANI, JAZALINA, ZULAIMAH rakan bersembang kalau da start bercakap sampai subuh pun bole tahan! tak lupa juge NURHUSNIYAH, NORHIDAYAH. rakan kutip kupon semata2 nak duk kolej, rakan pagi2 berlari dengan bersungguh takut terlepas kawad KESATRIA! hahahahah terima kasih korg semua sebab menjadi penambah perasa dalam hidupku!!


* buat rakan rakan yang tak tersebut korg pun banyak mengajar aku tentang erti berkawan dan bersahabat. kalau nak senarai 10 page pun belum tentu cukup. terima kasih kawan!!

bercuti 2 !

percutian ke negeri kelahiran sendiri. hahahhaha name je org johor try tanye aku ape tempat best kat johor. gagap gagap nak cakap. aku pun tak tau ape best kat johor. tu yang join mereka mereka yang nak bersiar2 kat johor neh. 4 hari menjelajah johor tapi 2 hari je aku pegi bejalan. lagi 2 hari aku duk mengahbiskan masa bergosip bersama RAIHANAH ILANI. hahhahahaha

.........................................

1st day ---> bertolak dari batu pahat kul 6.30 a.m. awal tak? bangga gila bangun awal. hahhahaha sebab rombongan dari utara flight mereka sampai 8.30 a.m. sampai2 je kami terus pegi pasar kemboja kat ulu tiram. ape ade jual kat sane? haaaa banyak lah jugak. tapi banyak baju2 dan tudung2 lah. pegi je melihat2 tak beli pape pun. takde yang berkenan. lagi pun da panas pegi berpeluh2 takde mood lah nak membeli + tiada bajet. hahahhaha


lepas abis bejalan kat ulu tiram kitorg pegi umah NAOH. lunch. hahahhaha banyak sungguh makanan. laksa johor dan spageti. mantop lah lunch arituh! hahhahaha da kenyang perut , lepas solat zuhur kami pegi muzium layang-layang. macam kelakar pulak. rombongan cik kiah. kecik2 tak mau p. da besar baru nak p. hahahaha


dalam muzium.




after bersiar2 kat muzium layang2 kami pegi sg sarang buaya.

perasan masih student sebab nak dapat half price. hahahhaha



2nd day ---> nusajaya dan tanjung piai.

 puteri harbour di nusajaya. 

nusajaya atau lebih dikenali sebagai kota iskandar sedang dalam proses pembinaan. plan die lebih kurang nak buat pusat pentadbiran negeri macam putrajaya. tapi pada pendapat aku kalau kota iskandar ni betul2 da siap  lenih cantik dari putrajaya. bangunan2 die semua unik2 dan sangat cantik. jom layan lagi gambar2!!


 tempat menunggu bas.


salah satu bangunan. macam bangunan zaman pemerintahan di rome. unik kan?



 taman depan bangunan style rome tuh.


 ini tak pasti bangunan ape name die.


 tanjung piai! terletal di pontian, perjalanan dari JB lebih kurang dalam 1 jam 30 minit je. tanjung piai ni merupakan tanah paling selatan di benua asia tenggara.








salah satu iklan kelakar di taman negara tanjung piai. hahahhaha





 the landmark of tanjung piai.




sekian. wassalam. coretan ku untuk hari ini. bye!

Tuesday 4 October 2011

bercuti!

wow! macam menarik je kan bace entry kat atas tuh . gaya macam pegi jauh naik kapal terbang je. hahahhaha padahal berjalan setakat dekat2 je. pegi mane? selangor, negeri sembilan, melaka. habis, sekali keluar rumah nak berjalan 3 negeri aku bantai merayap. 10 hari baru puas then balik rumah tercongok lagi menunggu hari kamis ni nak pergi jb pulak. diorang nak pegi singapore tapi aku passport takde paling penting takde bajet lah nak buat passport. huish kecewa 5 minit. takpe lah takde rezeki!.

...............................

1st day ---> pegi rumah ili kat gombak, jalan2 area gombak pegi giant, lepak kat mamak dgan penganggur2 terhormat bersama peah dan ili. ape lagi bergosip hangat lah kami! hahahhahaha try la makan tosei mati tak habis. punyelah panjang tosei tu sampai terkeluar dr pinggan. aku da terbelalak tengok. hahahahha

2nd day ---> duduk lepak umah ili kat batamg kali. suka aku duduk sane. nyaman je sunyi tak bising2. tenang sungguh. huhkuhkhuk kitorg lepak2 je sebab kene teman mak ili kat umah. takut sebab kejadian malam semalam. sampai mak ili naek tido sekatil dgan aku. hahahhaa lawak!

3rd day ---> pegi umah zati kat rembau. kitorg pegi naek komuter je sampai sg gadut. pastu zati amek. pegi makan cendol kat leman dawi (yekot aku tak ingat sgat). dorg kate best tapi kami bertiga tak suke sgat. bese je. yg spesel bole tambah lg. free! pastu mulut pakcik tu pun bising banyak cakap tak benti2 cakap. hahhaha


subway and auntie annne's --- on the way singgah mid, sebab aku kempunan nak makan subway. muhahahha thanks ili!

ni cendol leman dawi -- apsal ntah gambar ni pecah2 la pulak.

4th day ---> kitorg pegi melaka bersiar2 ke rumah member. pagi rumah tira, pastu jalan2 kat melaka, rumah rahmah, last sekali pegi melawat rumah kak ju. seronok!


 sarapan --- bakso air tangan tira.


cendol jam besar --- torbaeekkk lah!


atas cruise -- bantai semua nak tertutup mata mengantuk!


bangunan lama kat melaka --- cantek!


lunch kat rumah rahmah --- domino's!


makan petang kat rumah kak ju --- mihun goreng + domino's (lagik!)

5th day ----> bertolak pulang ke batang kali. naek kematu punggung dari seremban sampai batang kali naek tren. aku ngan ili da bantai tido tak tau aksi hape dah. da lah ramai org mcm ikan sardin dah!

6, 7, 8 ---> shah alam! ape lagi kalau pegi shah alam menghabiskan masa bersama bff lah. AIN ZUBAIDAH!. 

makan kat HOMST RESTAURANT. terbaek asam pedas die! sebelah tesco extra shah alam.

television?

 fuuuhh lame sungguh tak update blog. da bersarang tebal habuk. hehhhehe nak kate bz menganggur je duduk umah. bosan sungguh la. ape aku buat sepanjang cuti neh? berjalan, tgok movie sampai lebam, makan, tido. haaaa tu je la. 

..................................................................................

sekarang kan tengah musim si aaron aziz berlakon. da bantai semua citer kat tv die yg berlakon. start dari nora elena, stanza cinta dan yang terbaru jiwa & lara. muahahaha semua cerita die aku layan. minat punye pasal kat aaron habis semua citer die aku bantai download........... ni pun tengah mendownload. suke lah die belakon. natural. ish ish ish. da la hensem mmg package!





cerita ni adaptasi dari novel. aku bace novel compare kan dgan cerita aku rase cerita lagi syioookkk kot. sebab novel cm simple sangat si nora elena tu putus tunang. kalau cerita best siket. menyayat hati la jugak die putus tunang kan. tapi sungguh lah aku memang terharu tengok cite neh. sebab seth tan ni terlalu baik! penyabar, penyanyang. ade ke wujud ke lelaki sebegitu? 1 dalam sejuta kot. tamat sudah nora elena tapi aku duk ulang2 tengok je. hahhahaha !!

...................................................................................




ni pun cite aaron aziz belakon. tapi cite sgat best sebab mengajar ttg erti kehidupan. banyak sgat kata2 puitis yg boleh dijadikan motivasi dalam kehidupan. antara kata2 yg aku ingat ----> sehebat mana kita merancang hidup tapi hidup tak pernah merancang sesuatu untuk kita ----> jangan pernah rasa takut untuk mati tapi selalulah merindui mati ---> setiap harta yang dimiliki orang kaya ada bahagian untuk orang miskin ----> indah kan? sebenarnya banyak sangat kata2 indah dalam cerita neh. tp sedih habis ending, irfan mati! memang lah nak meleleh kan tengok cite ni. kalau aku jadi amni mahu golek2 nangis. *over la pulak kan* hahhahaha

...............................................................................................




haaaa cerita ni pun best. aaron aziz gak berlakon. senang cerita semua cerita kat tv lah aku tengok mesti kene ade aaron. ahahhha heroin die neelofa. series suke neelofa berlakon. best la jugak. not bad. tp cerita ni aaron aziz sangat jahat. style gile die jadi jahat. paling suka part die tikam diri sendiri. hahahhaha tgok tgok jugak tapi kene lah amek pengajarn. jangan mudah percaya dengan org yg kita baru kenal. lame kenal pun belum tentu lg seperti yg kite kenal apatah lg yang baru. so! jom layan cerita neh!!

...........................................................................................



... cinta elysa ...

yang ini pun best! cerita ganti ana lulu. suke tengok johan arif ni berlakon. slumber habiss! ayat semua kelakar. tak bole blaaahh. ---> memang aku babysitter kau. meh aku tukarkan lampin pakai buang kau yang basah tuh ---> hahahhahah! ade dgar johan ni agak susah nak berlakon scene romantik. banyak kali try. orang da biasa gangster bantai nak romantik ngange2 nak berlakon. hahhahaha

.........................................................................................................



haaa ini lagi satu cerita yg bagus. emo habis kalau tengok cerita neh. cerita mengisahkan pasal hak2 wanita. kebanyakkan kaum wanita kadang tak tau hak mereka yg sebenar sehingga ditindas kaum adam. paling benci ustaz shauki (lakonan eman manan) uuuurrrhhhh benci habis. tak berlaku adil! ---> tanda2 manusia akhir zaman : menjual agama untuk mendapatkan keuntungan ---> anda2 memang patut tengok cerita ni. kaum2 wanita yang ditindas ayuh bangkit pertahankan hak. hukumAllah sentiasa bersama orang yang benar! aiiiceeehhh semangat! hahahahaha

.................................................................

hmmm rase cam da panjang sangat je mengarut kan. ni lah update malas. sekali update hambek mahu juling mata org nak bace. ish ade orang bace ke? aku rase aku sorg je. aku tak penah war war kan aku ade blog. saje nak isi masa lapang. takde orang nak berbicara sama kita menulis. seronokk!

Sunday 5 June 2011

WEDDINGSSSSSSSS

bace entry atas tu pun da tau kan nak citer pasal ape. WEDDING. huish byk betol wedding cuti sekolah. tak menyempat nak update blog org poyo. huahahahha da la laptop rosak. LCD rosak! RM500 kalau nak repair. tengah sengkek memang mimpi la nak repair. ini pun pakai laptop adik. hikhikhik

.................................................................................

wedding first aku pegi. wedding KAK JULIA bersama pasangannya ELAM. dorg wat kat KLANG EXECUTIVE CLUB. semangat pegi sebab nak jumpe member2 setelah seminggu kami menamatkan pengajian. *sangat poyo kan ayat* hahahahha. second wedding kat batu pahat. dekat dgan rumah saye.


ini time nikah. *kelakar* hanya kami yang pegi je tau citer. hahahha

JULIA DAN ELAM


ni wedding kak syira. kat bt pahat. ni pun time nikah. ade gak scene kelaka. hahahaha

SYIRA DAN KHAI

................................................................

3rd wedding kat alor setar. haaaa yang ni best. sebab bersiar2 di utara selama seminggu. ambil kesempatan da alang2 sampai jauh kan. heheheh sebenarnye wedding kakak kepada BFF time sekolah rendah dulu. da 12 tahun tak jumpe. excited lah! akhirnya dapat jumpe die. NOR NADIAH NADZERI.


ANITA DAN ASRAR


ini lah die NOR NADIAH NADZERI. time ni kat kelantan. majlis sebelah pengantin lelaki.


jauh perjalanan selama seminggu. majlis kat alor setar hari ahad. pastu isnin dan selasa NADIAH kerja. so, aku p perlis. melepak dgan AYU, coursemate. kitorg pegi jalan2 kangar. sampai kangar malam. pastu pegi makan kat kuala perlis. memang kenyang lah! seafood. peeerrrrrhhh mmg mantop sotong goreng tepung. rangup2 gituh. fuuuhhh. 





hidangan tuk 2 orang yang macam 5 orang punye makan. hahhaha


.............................................................


hari selasa. planning memng cantek. nak pegi mandi air terjun pastu ingat nak p padang besar. akhirnye bangon lambat tak sempat nak mandi air terjun. pegi bersiar2 kat gua kelam. ingat nak masok dalam tapi tutup pulak. frust!!! sebab banjir teruk arituh. akan dijadikan alasan utk pegi lagi. hahahhaha


gua kelam yang tutup. frust! haish.



tak mandi bergambar kat air terjun pun jadik lah. hahahha


da lepas pegi gua kelam, kami p padang besar. bajet tak mau beli sngat. duet tak dak. ciss hampeh. sampai abis duet kat purse. pegi withdraw lagi. memang melampau. murah2 siot. memang akan pegi lagi tuk soping banyak2!! hahhahah

..................................................................


balek dari padang besar kitorg pegi melawat ladang tebu. besar betol. huish. ha lepas tuh kitorg singgah tasik melati. tempat rekreasi. bersiar2 melihat keindahan. hikhukhikhik. da penat berjalan balek rumah ayu. makan mangga harum manis! peerrrrhhh memang menjilat jari. mangga ni ade kat perlis je. kulit warne hijau shaja. dalam die warne oren2 kuning. memang manis. bau wangi. series mesti cube anda2 diluar sane. SANGAT SEDAAAAAP!  huiash.




gambar2 yang kami tangkap sendiri! hahahhaah gigih betol.


...................................................................


bile da petang pegi teman ayu p umah tok die. ternganga gak lah nak memahamkan loghat utara tok ayu tuh. da bantai si ayu tuh gelak. huahahahha then, kitorg bergambar kat bendang belakang umah tok ayu. best!!!! suke sangat dgan bendang. nyaman. sejuk mata memandang. da abis melawat, saye pun pulang ke alor setar. sebab hari rabu kami ke kelantan pula!


bendang belakang rumah tok ayu!

......................................................

ok rasanye sampai disini coretan penganggur terhormat tentang care2 menghabiskan duet yang sememangnye da tinggal ciput. ok esok start keje!!!!!!!!!!! berjuang!!!!!!! hahhahahaha